Saturday, 14 November 2015

ADAB MASUK RUMAH









ADAB KELUAR RUMAH



1.Meminta izin sebelum keluar
2.Memberitahu tempat yang dituju
3.Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
4.Memakai kasut dan selipar
5.Membaca doa




Friday, 6 November 2015

ADAB 




Adab Makan

Tata-tertib makan

Ada tiga keterangan yang harus diperhatikan oleh seseorang yang sedang menghadapi makanan, iaitu;

          Pertama: Adab orang yang mahu memulakan makan.

          Kedua : Adab semasa
makan.

          Ketiga: Adab sesudah makan.


PERTAMA: ADAB ORANG YANG MAHU MEMULAKAN MAKAN.

1. Berpakaian bersih

2. Pastikan makanan itu halal dan baik
3. Mencuci tangan hingga bersih
4. Duduk dengan tertib
5. Membaca doa makan

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابً النَّارِ




1. Ambil makanan yang paling hampir
2. Tidak berebut-rebut mengambil makanan
3. Tidak minum sekali gus
4. Utamakan orang yang lebih tua ketika mengambil makanan
5. Ambil makanan dengan tangan kanan.

KETIGA : ADAB SESUDAH MAKAN

1. Membaca doa makan

2. Berhenti makan sebelum makan
3. Cuci tangan
4. Bersihkan tempat makan

KELEBIHAN ORANG YANG MENGAMALKAN ADAB MAKAN

1. Melatih diri supaya berdisiplin
2. Mengambarkan peribadi seorang Islam
3. Sihat tubuh badan
4. Disayangi dan disenangi orang lain

AKIBAT TIDAK BERAMAL DENGAN ADAB MAKAN

1. Di pandang hina oleh masyarakat
2. Dijauhi oleh masyarakat
3. Menjejaskan kesihatan tubuh badan

ADAB SEBELUM DAN BANGUN TIDUR



ADAB TIDUR


ADAB SEBELUM TIDUR

Memakai pakaian yang sesuai
Menggosok gigi
Mengambil wuduk
Bersalaman dengan ibu bapa
Mengibas tempat tidur
Membaca doa

ADAB SELEPAS BANGUN TIDUR

Bangun awal
Membaca doa
Mengemas tempat tidur
Menggosok gigi
Mandi
Berwuduk dan solat Subuh









KEPENTINGAN PELAJARAN AKHLAK

# dapat mempraktikkan sunah nabi
# melahirkan insan yang ta'dib
# menanamkan akhlak yang baik
# memberi ilmu pembeza
# membentuk muslim yang terbaik


ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM GHAZALI


1-      MENDAHULUKAN SALAM KEPADA GURU DAN BERSALAMAN
2-      JANGAN BANYAK BERCAKAP DIHADAPAN GURU
3-      JANGAN BERCAKAP JIKA TIDAK DITANYA
4-      JANGAN MENYANGKAL KATA-KATA GURU
5-      JANGAN MENGUMPAT PELAJAR LAIN
6-      BERDIRI APABILA GURU BANGUN
 
ADAB KETIKA BELAJAR


  • Membaca Doa Penerang Hati
  • Duduk dengan sopan
  • Mendengar penerangan guru dengan teliti
  • Berlumba-lumba untuk belajar
  • Sabar ketika belajar
  • Sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • Menghormati guru anda
  • Mendisiplinkan diri


Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
  • Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Anda akan disenangi guru dan rakan
  • Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar

Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
  • Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Dibenci oleh guru dan rakan anda
  • Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.

ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR

kebaikan menjaga alam semulajadi:
  • Dapat mengekalkan kebersihan dan keindahannya.
  • Masyarakat dapat menikmati keindahan alam semulajadi
  • Masyarakat menjadi harmoni dan sejahtera
  • Menjamin udara bersih
  • memberi keselesaan dalam kehidupan 
  • Pencemaran alam dapat dikurangkan.
  • Mengelak daripada mendapat penyakit dan wabak yang berbahaya

# langkah berkesan untuk menghalang pencemaran dari terus berlaku:
  • Mengadakan kempen menjaga alamsekitar
  • mewujudkan pasukan pemantau alam sekitar
  • menguatkuasakan undang-undang
  • mengadakan dan mewujudkan lebih banyak pusat kitar semula
# punca pencemaran alam:
  • Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
  • Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat
  • Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi
  • Tiada penguatkuasa daripada pihak berkuasa  
 
ADAB BERCAKAP



 Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.

01. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar, sebagaimana dalam hadis Aisyah R.A.:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)
02. Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan Surah Al-Hujurat:11 dan juga hadis Nabi S.A.W :
“Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)
03. Jangan membuat fitnah dan menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad sahih)
04. Semua percakapan mestilah membawa kebaikan, (Surah An-Nisa’:114 dan Surah Al-Mukminuun:3), dalam hadis Nabi S.A.W. menyebutkan :
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
05. Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalik, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalambercakap.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

AKHLAK: ADAB TERHADAP IBUBAPA


Konsep ibubapa
-Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
-Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
-Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa
-Dalil al-Quran;

Maksudnya:
'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)'.

Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:
1. Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
2. AllahSuka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
-Amalan ini tuntutan agama
-Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
-Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
-Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
#Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
#Berbuat baik kepada rakan mereka
#Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak
#Merendah diri dan menghormati mereka
#Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa

ADAB TERHADAP IBU BAPA
1. PERCAKAPAN
*Bercakap dgn hormat dan sopan santun
*Merendahkan suara dihadapan mereka
*Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
*Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
*Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

2. PERGAULAN
*Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
*Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
*Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
*Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
*Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. SEMASA HIDUP
*Menjaga mereka semasa tua dan sakit
*Memberi nafkah kepada mereka
*Selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama-sama
*Mendoakan kesejahteraan mereka

2. SEMASA SUDAH MENINGGAL
*Selalu mendoakan mereka
*selalu menziarahi kubur mereka
*mensedekahkan ayat-ayat Quran untuk mereka.

Penghayatan

1. Patuh dan taat kepada ibu bapa
2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat
3. Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya


uji minda!!!!
1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam
2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa
I. semasa mereka hidup
II. semasa telah meninggal dunia
4. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa
5. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa

ADAB MENAIKI KENDERAAN


Adab ketika menaiki kenderaan:

1. Kenderaan yang di gunakan adalah selamat dan sempurna.
2. Beratur dan mendahulukan orang yang lebih tua.
3. Melangkah masuk kenderaan dengan kaki kanan.
4. Membaca doa menaiki kenderaan.


5. Mematuhi peraturan jalan raya.
6. Tidak bergurau ketika memandu.

Fadhilat Beradab Ketika Menaiki Kenderaan:
1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
2. Dipandang mulia oleh orang lain.
3. Melatih diri supaya berdisiplin di jalan raya.
4. Mudah sampai ketempat yang di tuju.
5. Selamat dalam perjalanan.
6. Mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Akibat Tidak Beradab Ketika Menaiki Kenderaan:
1. Tidak disukai oleh orang lain
2. Mengakibatkan kemalangan
3. Menyusahkan orang lain
4. Lambat sampai ketempat yang di tuju.
5. Menyebabkan kesesakan di jalan raya

ADAB TIDUR



ADAB SEBELUM  TIDUR

1. Menggosok gigi
2. Mengambil wudhu
3. Berpakaian bersih
4. Memohon maaf kepada kedua ibu bapa
5. Membaca doa



ADAB SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

1. Membaca doa 



2. Mengemas bilik tidur
3. Menggosok gigi
4. Bersuci dan mandi
5. Berpakaian kemas

FADHILAT BERADAB KETIKA TIDUR

1. Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w
2. Menjaga kesihatan tubuh badan
3. Melatih diri supaya berdisiplin
4. Tidak mengantuk ketika belajar
5. Minda sentiasa cerdas

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA TIDUR

1. Rasa mengantuk ketika belajar
2. Mudah mendapat penyakit
3. Hilang rasa disiplin diri
4. Susah mengingati pelajaran


video
Mari Menonton Video Adab Tidur

ADAB MAKAN DAN MINUM




Antara adab ketika makan dan minum adalah:
1. mengutamakan orang yang lebih tua.
2. jangan gelojoh ketika makan dan minum.
3. menggunakan tangan kanan ketika makan.
4. mengambil makanan yang terdekat dengan kita.
5. jangan bercakap perkara yang tidak perlu ketika makan.
6. jangan mencaci atau menghina makanan yang di hidang kepada kita.

Fadhilat beradab semasa makan.
1. dapat mengelakkan pembaziran.
2. sentiasa di pandang mulia oleh orang lain.
3. tidak menimbulkan kebencian kepada orang lain.
4. sentiasa mendapat keredhaan dari ALLAH.
5. dapat manjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

Akibat tidak beradab semasa makan.
1. tidak di sayangi oleh Allah dan Rasul.
2. dipandang hina oleh orang lain.
3. boleh mendatangkan penyakit.
4. menyebabkan pembaziran.
5. perbuatan kita tidak di sukai oleh masyarakat.



DOA MASUK DAN KELUAR RUMAH


DOA MASUK RUMAH









DOA KELUAR RUMAH